Erti Kekayaan Sebenar.
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).”
Kekayaan bukanlah mengambil kira berapa banyaknya harta dan wang ringgit kerana kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan apa yang telah dimilikinya dan sentiasa berusaha untuk menambahnya.
Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.”
Credit to: JAKIM