Jumlah Terkumpul setakat mac 2022

fb img 1650174630507

Assalamu’alaikum wrt..

بسم الله الرحمن الرحيم…

SUMBANGAN DAN WAQAF PEMBANGUNAN SURAU TMN DESA PERMAI 3 MERU KLANG

Untuk makluman, permohonan bagi membina sebuah Surau bagi kegunaan komuniti di taman perumahan kami telah mendapat kelulusan drpd pihak JAIS & PWS pada tahun 2019. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM750,000-00 (tidak termasuk kos2 lain) namun buat masa sekarang Kutipan Dana masih belum mencukupi. Kutipan terkumpul setakat Mac 2022 sekitar RM 210,000-00.

2. Sehubungan itu, kami ingin menjemput dan membuka peluang kpd tuan/puan semua untuk menyumbang dan berwakaf dlm Pembinaan Surau ini bagi menyempurnakan hasrat penduduk komuniti setempat serta sebagai tabungan untuk Akhirat kelak.

3. Segala sumbangan/WAQAF boleh disalurkan ke akaun rasmi pembinaan surau :
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun No.: 12319010010160
Nama : Tabung Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 Meru Klang

Pautan:
https://surautdp3.com/sumbangan

4. Segala sumbangan Dan waqaf tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
☎ Ust Abdul Basir (Pengerusi) : 0193685864
☎ En.Saiful Anuar (Setiausaha) : 0122757927
☎ En.Norazmi (Bendahari): 0162706033

Firman Allah SWT bermaksud : “Bandingan (derma/sumbangan) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama saperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan ingatlah, ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH Maha luas (rahmat) kurniaanNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya” (Al-Baqarah: 261)

JazakumuLLAH Khairal Jaza’ kepada yang sudi menyumbang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Jumlah Terkumpul (infaq tabung pembinaan surau) Setakat 10 Mar 2024 : RM 353,446.39